** sTudeNt **

03 November 2011

** waJah sunGuL **


salam..

lihatlah betapa indah
warna-warni sang belon
kelihatan ceria di awang-awangan
walaupun pecah tiba waktunya

lihatlah betapa bahagia dunia seseorang
ia tetap pergi walaupun ditahan
tiada perkara yang akan kekal

lihatlah selipar yang buruk
selekeh lagi murah
sebahagian dirinya tetap dibawa pergi

begitulah realiti kehidupan
tidak semuanya indah
sebahagiannya perlu dibawa pergi bersama kehidupan
kerana itulah kenyataan

betapa setianya seseorang
berpegang erat pada kenangan
walaupun tahu ianya hanya sementara
wajah sungulnya menceritakan segalanya


setianya si kucing sebagai teman
walaupun sendiri takutkan ketinggian
ibarat sahabat setia tatkala susah mahupun senang
memegang erat sebagai peneman


********************************************************

saya sedih tengok gambar ni...
keceriaan (warna belon) tidak mampu membawa masalah itu pergi sepenuhnya
ianya hanya bersifat sementara
manusia tidak boleh lari dari kenyataan (tanah= realiti) selama-lamanya

walaupun jauh dari realiti
hakikatnya manusia masih memikirkan masalah itu

wajah kerisauan kanak-kanak ini menceritakan segalanya
dia masih memikirkan keciciran seliparnya (masalah)
walaupun telah jauh dari tanah (realiti)
untung dirinya mempunyai kucing (sahabat) setia meneman.






terima kasih conteng-conteng
terima kasih kawan-kawan
kerana baca interpretasi saya


>.<




11 comments:

m0sHiE~ said...

like the way u inteprate this pic. btw gudluck yaw! ^^

kimmie said...

good luck

Kimmie said...

tahniah...anda menang!!!

Abang Zam said...

wow. nice
good luck. mesti menang lah

kueh bakar said...

tahniah menang.

makna yang dalam...

jurutaip said...

tahniah,,,
bestnye dpt hadiah tuh..hee..

cik marikh said...

tahniah...kamu menang! untunglaaaa, heeee =D

eafatihah said...

awak dah menang!yeay!!!
:D

cik azeya said...

congrets :)

wani brahim said...

olahan yang menarik..tahniah!!

Muslimah Optimis said...

tahniah atas imaginasi yang begitu baik.. makna disampaikan dengan jelas.. :-) teruskan menulis dan berkongsi dalam entry yang lain.. :-)